Tuesday 25 March 2014

LUAHAN HATI UNTUK MH370


MH370...

8 mac membuka sejarah
hilangmu pergi menjadi tanda tanya
mencarimu gigih tanpa pasrah
mengerahkan tentera jejakmu tanpa noktah.

MH370...
hari silih berganti hari..
misi mencari diperhebat lagi.
tentera hebat,teknologi terkini..
menjejakmu hingga ke lautan hindi.

MH370..
Penantian ini sangatlah menyeksakan
tangisan terus menjadi peneman
Doa harapan yang tiada berkesudahan
sujud padaNYa mohon petunjuk dan jalan.

MH370,
17hari kini telah berlalu..
Mengemparkan dunia dengan beritamu..
Jejakmu berakhir di lautan biru
tersentak terkedu diam membisu..
Khabar darimu amatlah pilu..
meninggalkan anak istri yang setia menantimu..
meninggalkan AYAH dan juga IBU
seisi keluarga dan sehabat handaimu..

MH370..
sebaknya rasa menahan pilu.
mendengar luahan dari keluargamu..
airmata mengalir mengenangkanmu
pasrah dan redha dengan takdirmu.

MH370..
Walaupun perit menerima khabarmu..
Doa dipanjatkan kepada yang SATU..
Qada dan Qadar sudah terbuku..
Menadah tangan AL-FATIHAH ku sedekah padamu..

Tiap yang berlaku ada hikmahnya..
mengambil iktibar dari kisahnya..
Mati bila bila dan di mana sahaja.
tak kira muda atau dewasa..
tak kira miskin ataupun kaya..
marilah bersama diri bermuhasabah.
jadilah hamba Allah yang bertaubat segera..


Nukilan hati..
Nureirfan Daniyel
25/03/2014@5PM

SEMOGA KELUARGA PENUMPANG DAN ANAK2 KAPAL KUAT DAN REDHA DENGAN APA YAG BERLAKU PADA MH370