Thursday 26 February 2015

ALMOND FLAKES FLAKES @ BEPANG KACANG


Assalamualaikum...

Dapur Nureirfan Daniyel kali ini ingin berkongsi resepi Crispy Almond Flakes @ dalam Bahasa Melayu ada yang Gelar Bepang Kacang..


Bahan- Bahan Asas yang Cukup Simple.. Seperti Gambar Di bawah:-

Tepung Florentin 
Almond Flakes
SESAME SEED @ Green Pumpkin



Cara-cara Membuatnya:-

Satukan Semua Bahan dengan Ukuran
1Cawan Tepung
1Cawan Almond
1/2 Cawan Seed

Hasilnya Seperti Gambar di sebelah




 Pastikan Loyang di Lapik dengan Kertas Minyak @ Pembalut aluminium spt gambar di sebelah

* Panaskan Oven terlebih dahulu dalam 10minit suhu 170.

* Kemudian Masukkan adunan seperti di atas dengan suhu yg sama dan suhu atas dan bawah dalam anggaran 30minit.

 Lihat Hasilnya... OPSS Mase Almond Masih Panas.. Potong Siap2 Mengikut kesukaan supaya bila dah keras nanti xlah susah nk potong.

DAH SIAP!!!
ALMOND FLAKES CRUNCY..

Memang Sedap, Ranggup and Boleh Rasa Keranggupannya Walau beberapa hari




Tips Untuk Mendapatkan Hasil Yang Superrrr Crunch And Cantik 

1) Oven kan Almond flakes, ape2 nuts and sesame seeds terlebih dahulu untuk mengekalkan keranggupannya.. agak2 dalam 20minutes dgn suhu 100celcius.

2) Semasa Sebatikan Kesemua bahan.. Simpan sedikit florentin untuk ditaburkan di atas adunan supaya kesemua nuts akan melekat ketika masak nanti.

3) Sesame Feed Setengah campurkan dalam adunan and setengah lagi ditaburkan di atas adunan yg dah siap supaya sesame feed tuh tidak turun semua ke bawah adunan.


SELAMAT MENCUBA...
ILMU UNTUK DIKONGSI BERSAMA...



Wednesday 25 February 2015

Siakap 3 Rasa Thai Style (Dapur Nureirfan Daniyel)


Assalamualaikum...

Dapur Nureirfan Daniyel Kali ini ingin berkongsi resepi yang menjadi favourite keluarga terutama EN.Somi.
SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Apa yang Membezakan Siakap 3 rasa Ala Thai ini dengan Masakan 3 rasa yg lain ialah...
  • Paling Utama is rasanye... Masam2 Manis PEDAS!

  • Semua Bahan- bahan rempah and perasa di potong nipis, potong cube @ boleh jugak dicincang.
  • Of Course!!! Ala Thai ini Lebih Marvelous Pedas nye!



Bahan Utama
  1. 1Ekor Siakap (3 @ 4orang makan) - Bersihkan & Toskan
Bahan Rempah

Bahan A
Bawang Merah 3biji - Cincang 
Bawang Putih 5ulas - Cincang
Halia Sebesar Ibu Jari - CIncang
3batang Serai - Dipotong nipis membulat

Bahan B
Cili Kisar 2sudu besar
Cili Sos 1sudu Besar
Tomato Sos 1sudu Besar
Sos Tiram 1sudu Besar

Bahan C
1biji Nenas (Separuh masak -  at least ade rase masam2 manis) - Potong Dadu
Cili Padi / Lada Benggala / Cili Merah Besar - So optional ikut citara anda kalau nak pedass amik cili padi. - Potong Dadu.
2biji Tomato - Potong Dadu Tapi saya selalu gantikan dgn SOS Tomato
1batang Lobak - Potong Dadu


Cara Memasak :-

1) Ikan Siakap tadi di lumur sedikit serbuk kunyit dan garam, kemudian
 Dibedakkan (bahasa senang nak faham) dengan tepung jagung seluruh ikan (Untuk mengekalkan rasa ranggup Ikan)

2) Goreng Ikan Hingga Masak
Petua - pastikan minyak benar2 panass barulah masukkan ikan (Elakkan dari Ikan Melekat)
          - Mula2 ikan di goreng tadi jangan di usik biarkan aje hingga nampak kekuningan barulah                     balikkan.
          - Goreng dengan minyak yang menenggelamkan ikan (Supaya masak sekata)

3) SIap! and sekarang proceed untuk buat perasa @ kuah nye pulak.

4) Guna Kuali yang sama cuma kurangkan minyak ikan tadi.. Masukkan Bahan A hingga naik bau.

5) Kemudian Masukkan Bahan B (Pastikan Cili kisar di masak hingga naik minyak terlebih dahulu)

6) Akhir sekali bahan2 C.



DAH DIAP!!!
Selamat Mencuba...

SIAKAP 3 RASA THAI STYLE



Wednesday 4 February 2015

Seafood Fried Rice


As Salam..
Memandangkan Cuti Thaipusam 03/02/2015.
Malam tue Mood Rajin datang nak Masakkan Untuk Anak2

Bahan Bahan :-
Nasi
Bawang besar 1biji (Dicincang)
Bawang Putih 2ulas (Dicincang)
Udang (Buang kulit)
Telur
Sosej Ketam
Sotong
Cili Boh
Sos Tiram
Garam dan perisa secukup rasa

Cara Memasak :-
1) Tumis Bawang dah naik bau masukkan cili Kisar 1 sudu (anak anak suka makan pedas tp x pedas melampau)
2) Dah pecah minyak, masukkan udang tunggu nmpk keorenannya n masukkan sosej ketam dan sotong. kacau kejap
3) Masukkan Sos Tiram satu sudu, n Masukkan Telur.
4) Lastly Baru masukkan Nasi kacau sebati n perasakan dengan garam (AJI x guna)

SIAP!!! Alhamdulillah Anak2 saya Cukup Suka..


Nasi Goreng Seafood

Sunday 1 February 2015

FAMILY GATHERING 1FEB 2015 @ KLCC

ASSALAMUALAIKUM...
Ini Cerita hujung minggu semalam bersama keluarga Tercinta.
inie lah Big Family saya..
Cuma xde 2orang adik lelaki je dlm pic nie 

Seronok bila dapat berkumpul bersama dengan pasagan masing2 dan dengan hasil zuriat yang akan mewarisi keturunan Arwah Dahlan Bin Sibo + Salpiah Binti Jaafar.


Pada Mulanya, Family Gathering nie sebab Jiran Kak madiah jemput semua kitorang adik beradik so dapatlah bertemu semua..


Nie Anak Bongsu Ahmad Daniyel tgh Syok Main Air


Bila Sepupu Bermain Bersama




ke 2-2 Kakak Saya Bersama Anak Anak

 





Selepas daripada Kenduri kahwin tuh Pulak, Kitorag pakat2 nak bawa anak pergi mandi di KLCC.
Kat rumah saya tuh bukanlah xdak kolam renang tapi somtime suka tengok anak anak happy Bermain air tanpa apa2 risiko..
kalau Kolam renang terbatas sikit silap2 terlepas pandang nanti..lain plak jadinya..



KEK BATIK KURANG MANIS (SEDAP)


Assalamualaikum.. 
Saya penggemar Biskut Marie nie.. tp selalu kalau dapat rasa mesti Manisss
So, Hasil Decoration sendri.. Saya Try untuk Hasilkan kek batik yang tetap sedap tetapi Kurang Manis..

Kek Batik Sedap (Kurang Manis)

Bahan-Bahan Nya:-
Buttercup 250grm (Half je guna)
Biskut Marie (Ape jenis Brand pun OK!)
Susu Pekat (1/2tin)
Susu Cair ( 1/2tin)
Milo 3cawan
Serbuk koko 1cawan
Nescafe 1sudu (Yang nie buatkan Kek batik saya Berjaya..YES Kurang Manis)
Telur Sebijik

Cara Membuatnya:-
1) Cairkan mentega dengan api yang perlahan.
2) Mentega dah cair masukkan Susu Pekat, Milo,Koko Susu Cair dan Nescafe.
* INGAT API SLOW and Kacau Sekerap atau Selaju mugkin untuk mengelakkan Ia berketul ketul
3) Then..Masukkan Telur.. Kacau kejap smpai nampak mendidih ke berbuih ke..Then tutup api
4) Dalam Balang..Susun Biskut Marie sebagai Alas.. then masukkan Adunan (Toping tadi) then letak lagi biskut marie kat atas bagi berlapis2 smpi anda rase nak tebal ikut citarasa anda.
5) Sebelum Letakkan dalam peti ais bolehlah taburkan Sugar rice (warna warni tuh) ke chocolate rice..
5) Sejukkan dalam Peti AIS.. selepas 1jam keluarkan n potong ikut suka hati anda..

SIAP!!

Kek batik Super Sedap...
Kurang Manis

Anak-anak saya sangat suka kan nye 

Ahmad Irfan SYafiq 2.5years Belajar Kalimah ALLAH, ABC, 123




Nie Anak Saya yang sulung
Nama : Ahmad Irfan Syafiq Bin Erwan
Nama Manja : Irfan
Date of Birth : 01/06/2012
Skrg Umur : 2years 7months