Wednesday 3 June 2015

FAMILTY TRIP TO LANGKAWI 07 - 09 February 2015




 Assalamualaikum wbt..

Saya nak kongsikan pengalaman dan keseronokan bercuti bersama keluarga di LANGKAWI (07 FEB 2015)

Family Trip Kali ini di antara belah keluarga suami sahaja.

Itinerary Program 3days 2night




Seronoknya Ipar ipar saya apabila ingin merasa pengalaman pertama menaiki Belon... anak-anak jangan kata lah..seronok mereka tuh.
Good Bye KL!
Welcome LANGKAWI!

HARI PERTAMA 

Kami Tiba dan stay di TERATAK BONDA HOMESTAY! pada waktu malam. Mmg best rumah nie selesa n owner rumah pun baik. Kami ambil Pakej sekali dengan Kereta Avanza, 
Mr Hubby jadi SUPIR!.





HARI KEDUA

Hari ke 2 di sana Kami bersedia untuk Mangrove Tour (melawat Pulau2 terkenal di sana antaranya Pulau Beras Basah, Pulau dayang Bunting, melihat Lubuk Helang makan.



Lubuk helang Makan, Bila datang sahaja mana2 bot pasti helang2 akan datang menyambar ikan2.




Yang ini pulak suasana di Pulau beras basah, saya pun tak berapa pasti kenapa dinamakan pulau beras basah, tak berkesempatan nak tanya Mr.Google lagi.

Nie putera2 aq sebok mengira pasir agaknya
CINTA HATIKU YANG TIDAK SUKA SELFIE!


Kami tiba di Pulau Dayang Bunting (Mitos @ Lagenda menggambarkan bentuk pulau tersebut seperti seorang perempuan Mengandung)

JETI NAK KE TASIK DAYANG BUNTING


  

Untuk Sampai ke tasik dayang bunting ini kena berjalan kaki mendaki bukit yang tidaklah setinggi n sejauh mana pun tp cukuplah untuk buat anda semua berpeluh.
Saya dah suami gagahkan diri jugak dengan 2orang putera sulong saya untuk sampai ke tasik itu, dah alang2 sampai bukan nak tahu kan bila dapat pergi sini lagi.

Berteduh sebentar di tasik dayang Bunting


Alhamdulillah selamat sampai dan selamat kembali ke daratan, Walaupun ada rasa takut jugak sebentar tadi ketika berada dalam Bot Laju yang dihempas oleh ombak. 

Seterusnya kami singgah melawat dan menziarahi Makan Mahsuri yang menurut Lagendanya dia dihukum mati akibat difitnah, ekoran daripada itu Mahsuri telah menyumpah Tanah Langkawi ini sehingga 7Keturunan.



Pada 2011 saya datang berbulan madu di Langkawi ini, replika yang menceritakan bagaimana hukuman kepada Mahsuri itu dijalankan tidak dibuat lagi.. 

PEMUDA MODEN YANG BERTOPI ITULAH YANG MENGHAKIMI MAHSURI..hheehheh


KITA DOK POSE BAIK PUNYEE ANAK PLAK NANGIS..


HARI KETIGA

Masa untuk ke CABLE CAR LANGKAWI
Syukur Alhamdulillah kali kedua kesini cuaca mengizinkan untuk kitorang penuhi hajat ini.


Teringin Nak pergi ke jambatan ini tapi sebab ada bawa anak2 payah jugak nak kesini, so dapat lihat dari atas je



Alhamdulillah ke 2-2 Putera ku ini mudah di bawa berjalan TAK TAKUT,TAK CEREWET.. Senang mama nya nk Enjoy kan diri..


Kenangan daripada Cable Car (Harga dalam RM30)

Perut pun dah lapar kami singgah makan LAKSA POWER yang menjadi sebutan pelancong2 dari luar yg datang ke Langkawi ini.
Sesiapa yang x minat dengan Laksa seperti saya bolehlah memilih PASEMBUR mmg bermacam2 pilihan. Ikutkan tekak saya tidaklah sesedap mana cuma Mak Mentua saya mengakui mmg sedappp LAKSA nye.

Memandangkan hari ini hari terakhir kami di sini, Kami singgah ke Dataran Lang yang menjadi Mercu tanda langkawi.






DI APIT OLEH ADIK2 IPAR YANG SPORTING & COMEL2



Destinasi terkahir kami sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur petang ini adalah SYURGA COKLAT, Its time to Shopping!!!!!!




Saya nie edaklah peminat tegar coklat ni cuma antara banyak2 coklat kat sini saya paling terpikat dengan coklat Ritter Sport nie. Bermacam2 Flavor ada Conflakes, ada nut

Dah selesai dengan selamat dan Seronoknya percutian kami sekeluarga di sini,


AIRPORT LANGKAWI

LCCT AIRPORT_ Kepenatan melanda..


Sekian......