Assalamualaikum..
Saya penggemar Biskut Marie nie.. tp selalu kalau dapat rasa mesti Manisss
So, Hasil Decoration sendri.. Saya Try untuk Hasilkan kek batik yang tetap sedap tetapi Kurang Manis..
![]() |
Kek Batik Sedap (Kurang Manis) |
Bahan-Bahan Nya:-
Buttercup 250grm (Half je guna)
Biskut Marie (Ape jenis Brand pun OK!)
Susu Pekat (1/2tin)
Susu Cair ( 1/2tin)
Milo 3cawan
Serbuk koko 1cawan
Nescafe 1sudu (Yang nie buatkan Kek batik saya Berjaya..YES Kurang Manis)
Telur Sebijik
Cara Membuatnya:-
1) Cairkan mentega dengan api yang perlahan.
2) Mentega dah cair masukkan Susu Pekat, Milo,Koko Susu Cair dan Nescafe.
* INGAT API SLOW and Kacau Sekerap atau Selaju mugkin untuk mengelakkan Ia berketul ketul
3) Then..Masukkan Telur.. Kacau kejap smpai nampak mendidih ke berbuih ke..Then tutup api
4) Dalam Balang..Susun Biskut Marie sebagai Alas.. then masukkan Adunan (Toping tadi) then letak lagi biskut marie kat atas bagi berlapis2 smpi anda rase nak tebal ikut citarasa anda.
5) Sebelum Letakkan dalam peti ais bolehlah taburkan Sugar rice (warna warni tuh) ke chocolate rice..
5) Sejukkan dalam Peti AIS.. selepas 1jam keluarkan n potong ikut suka hati anda..
SIAP!!
Kek batik Super Sedap...
Kurang Manis
![]() |
Anak-anak saya sangat suka kan nye |
No comments:
Post a Comment